Connect with us

Berita Lain

Dua Lagi Anggota TLDM Disambung Reman 7 Hari


MANJUNG – Dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) dilanjutkan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh di
Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, minggu lalu.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Ainul Bashirah Dona
Don Biyajid membenarkan permohonan itu bermula esok sehingga 15 Oktober bagi
membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua suspek berusia 24 dan 31 tahun itu dibawa ke
Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, selepas tempoh tahanan reman sebelum
ini tamat, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam, reman tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun yang
ditahan turut dilanjutkan tujuh hari lagi untuk siasatan mengikut seksyen yang
sama.
Dalam kejadian itu, dua anggota TLDM yang ditahan di bilik
tahanan berkenaan iaitu Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan
Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia akibat
pendarahan paru-paru dipercayai akibat didera.
Selain itu, dua anggota lain yang cedera masing-masing
berusia 30 tahun juga dipercayai didera di pusat tahanan sama kini dirawat di
sebuah bilik khas di 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel