Connect with us

Berita Lain

Dua Pekerja MRT Putus Kaki Terkena Bom Perang Dunia Kedua – Polis


KUALA LUMPUR: Polis Diraja
Malaysia (PDRM) mengesahkan letupan di tapak pembinaan stesen Transit Aliran
Massa (MRT) di Bandar Malaysia, petang semalam berpunca daripada peninggalan
bom lama ketika zaman Perang Dunia Kedua.
Perkara itu disahkan Ketua
Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi di sini malam
tadi.
“Hasil siasatan awal
mendapati ia merupakan bom lama ketika Perang Dunia Kedua…dan bom berkenaan
meletup secara tiba-tiba ketika kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam kejadian kira-kira 5
petang itu, tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dan dua daripadanya
putus kaki manakala seorang lagi pekerja cedera di tangan serta kaki.
Ketiga-tiga pekerja
berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, sumber
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya menerima
panggilan kecemasan pada 5.23 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10
minit kemudian.
Beliau berkata seramai 25
pegawai dan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang
Tuah, Pudu dan Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian. 
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel