Connect with us

Berita Lain

Dzulkifli Digesa Perjelas Isu Skandal


KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad digesa tampil membuat kenyataan
secara terbuka berhubung dakwaan individu yang tular dalam sebuah video yang
dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, sikap
berdiam diri pegawai kanan SPRM itu akan memberi imej buruk kepada agensi
penguatkuasaan itu di mata masyarakat.
“Dzulkifli perlu jawab spekulasi yang sedang dikaitkan
dengan dirinya. Sekiranya individu  itu
bukan dirinya, maka saya minta beliau nyatakan perkara itu secara terbuka,”
katanya kepada pemebrita pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara
akan mengetuai pasukan khas bagi memantau siasatan ke atas  dakwaan Dzulkifli terbabit dengan skandal
bersama seorang wanita di Bali, Indonesia, yang tular di media sosial  baru-baru ini, lapor Sinar Online.

Sementara itu, tambah Gobind lagi, tindakan itu perlu bagi
membersihkan namanya yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam SPRM.
“PDRM atau mana-mana agensi penyiasatan perlu sedar imej
agensi mereka tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan. Ia penting untuk
memastikan keyakinan masyarakat terhadap mereka,” katanya.
Gobind berkata, sekiranya individu yang dimaksudkan di dalam
video itu adalah seperti yang didakwa, ia 
secara tidak langsung turut menjejaskan integriti dan ketelusan yang
sepatutnya dijunjung SPRM.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada keperluan untuk
Dzulkifli meletak jawatan di dalam SPRM pada masa ini.
Tegas Gobin, gesaan itu dibuat sebagai seorang wakil rakyat
kerana SPRM ditubuhkan berasaskan undang-undang yang diluluskan di Parlimen
pada 2009. Malah jawatan ketua pesuruhjaya SPRM merupakan jawatan khas yang
terkandung di bawah Seksyen 5 akta berkenaan.
Terdahulu, Dzulkifli pada minggu lalu menepis dakwaan fitnah
skandal sulit yang dikaitkan dengan seorang wanita berstatus isteri orang,
dipercayai dirakam di Bali, Indonesia.
Beliau menyifatkan perkara itu sebagai perlakuan  jijik dan kotor, malah tidak akan tunduk
dengan fitnah tersebut.

Penguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pula mengumumkan
pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan itu.


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel