Connect with us

Berita Lain

Gagal Daftar Kelahiran Anak Dalam 60 Hari Denda Naik Dari RM50 Ke RM1000 Berkuat Kuasa Serta Merta


Pasangan yang gagal mendaftar kelahiran dan surat beranak
anak mereka dalam tempoh 60 hari akan didenda sebanyak RM1000, berkuat kuasa
serta merta. Denda lewat pendaftaran sebelum ini adalah RM 50.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan
Mohamed, denda yang dinaikkan bukan bertujuan mengutip hasil, sebaliknya
sebagai galakkan untuk ibu bapa agar tidak melengahkan pendaftaran kelahiran
anak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, pendaftaran kelahiran anak adalah perkara penting
kerana kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan masalah untuk anak  termasuk kesulitan mendaftar MyKid serta
persekolahan.
“Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti
didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.
“Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan,
mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta.
“Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar selepas
pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan
Rakyat tahun lalu.
“Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh
pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi
peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir
di hadapan pendaftar kelahiran,” katanya.
Beliau membuat kenyataan tersebut selepas merasmikan pejabat
baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman
Indah, Kluang, Johor. –
 BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel