Connect with us

Berita Lain

Gara-Gara Cinta Ditolak, Lelaki Toreh Muka Remaja 17 Tahun



BERANG selepas cinta tidak diterima, seorang lelaki sanggup
memaksa remaja perempuan melakukan hubungan seks sebelum bertindak kejam
menoreh muka mangsa.

Dalam kejadian di Kampung Melayu Medan, Indonesia baru-baru
ini, mangsa yang berusia 17 tahun berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang
ke rumah daripada sekolah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mangsa yang dikenali sebagai Nadya berkata dia telah diculik
dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran dengan kawasan kejadian oleh suspek.
Setibanya di kawasan berkenaan, suspek yang juga merupakan
suami kepada jirannya sendiri kemudian telah memaksa mangsa untuk melakukan
hubungan seks tetapi remaja tersebut tidak mahu dan menghalangnya.
Namun, tindakan mangsa yang menolak menyebabkan suspek
berang dan bertindak melampau menoreh muka remaja berkenaan.
“Saya dibawa ke rumah kosong,dan sempat dipaksa melakukan
hubungan intim tapi saya melawan dia tiba-tiba marah dan memukul serta menoreh
muka saya,” katanya dipetik sebuah portal online.
Lebih memilukan, gadis malang itu dicampak dan ditinggalkan
bersendirian di tepi jalan selepas berbuat demikian.
Sementara itu, ibu mangsa memberitahu hubungan suspek dengan
mangsa cukup akrab sehingga gadis berkenaan sudah menganggap lelaki berkenaan
sebagai abang kandung sendiri.


“Nadya pernah memberitahu saya bahawa suspek pernah
meluahkan perasaannya, namun anak saya menolak secara baik dan menganggap dia
hanya sebagai seorang abang,” ujar ibu kepada mangsa.

Difahamkan, mangsa kini masih menjalani rawatan di sebuah hospital
dan disahkan hampir buta akibat kecederaan teruk yang dialami olehnya pada
bahagian mata. 


Advertisement



— MYNEWSHUB.CC

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel