Connect with us

Berita Lain

Harga Ikan Kembong Naik Sebab Cuaca


KUALA LUMPUR – Persatuan Nelayan Kebangaaan (Nekmat)
menjawab rungutan orang ramai mengenai kenaikan harga ikan kembong sejak
akhir-akhir ini yang sebenarnya merupakan fenomena bermusim.
Pengerusinya, Ahmad Rudin Hussain berkata, kenaikan harga
ikan kembung adalah disebabkan kesukaran nelayan untuk menangkap ikan kembung
dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Nelayan terpaksa pergi lebih jauh ke laut menggunakan
minyak (enjin) yang lebih, tenaga yang lebih dalam keadaan cuaca yang tidak
menentu lebih-lebih lagi telah masuk musim tengkujuh.
“Ketika fenomena kekurangan tangkapan ini, adalah tidak
munasabah sekiranya harga ikan kembong kekal seperti biasa semasa bekalan
banyak, walhal kos penangkapan yang lebih diperlukan termasuk minyak (enjin),”
katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Rudin berkata, kenaikan harga ikan kembong itu juga
setimpal dengan kos penangkapan yang tinggi, jerih payah ke laut yang lebih
jauh, memerah keringat yang belum tentu ada hasilnya serta menjadikan nyawa
sebagai taruhan di lautan.
Malah, katanya, ikan kembong juga adalah satu spesis yang
semata-mata bergantung kepada tangkapan kerana ia tidak boleh diternak seperti
ikan kerapu dan lain-lain bagi memastikan harganya stabil.
Bagaimanapun, jelasnya, fenomena harga ikan kembong tinggi
bersifat sementara dan orang ramai boleh beralih ke alternatif ikan yang lain
yang harganya lebih stabil seperti siakap, selar kuning, senangin dan
lain-lain.
“Bagi pengguna di luar sana, Nekmat menyediakan alternatif
ikan segar sejuk beku Q Fish sebagai pilihan sumber protein yang boleh didapati
dengan harga lebih berpatutan dan kualiti setanding dengan ikan segar.
“Pelbagai jenis ikan boleh didapati antaranya ialah kembong,
pelaling, selar, sardin (selayang), tongkol, cencaru dan keli. Sebarang pertanyaan
boleh hubungi Nekmat di talian 03-61361808,” katanya.

— mynewshub.cc

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel