Connect with us

Berita Lain

Hargailah Orang Melayu, Kata Mufti Perlis


KUALA LUMPUR – Hargailah orang Melayu dan kepimpinan Melayu.
Itu pesanan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri
Zainul Abidin kepada sesetengah pihak dalam negara ini.
Katanya, beliau melihat pihak terbabit berlebihan mengkritik
kaum Melayu seolah-olah Melayu langsung tidak bertoleransi dengan kaum dan
agama lain.
Beliau mengingatkan pihak terbabit bahawa amat sukar untuk
mencari bangsa yang begitu bertoleransi dengan kaum lain seperti bangsa Melayu
dalam dunia ini.
“Sejak dulu, di tengah-tengah kampung Melayu di serata
negeri boleh wujud kedai cina berniaga dengan majunya. Orang melayu tidak
memusuhi kaum cina yang berkedai dalam kampung mereka bahkan mereka memanggil
‘taukeh’, satu konotasi yang baik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apabila Jepun memasuki Tanah Melayu dan memburu orang Cina,
ramai keluarga Melayu melindungi orang Cina dari Jepun,” katanya dalam satu
kenyataan di Facebook hari ini.
Berikut kenyataan penuh Mohd. Asri seperti yang dimuatnaik
di Facebook beliau hari ini:
Pemerintahan
Apabila orang Melayu memerintah sendiri Tanah Melayu, mereka
berpakat dengan kaum lain secara aman. Pelbagai peluang dibuka dan berikan
kepada kaum lain sehingga kalangan Melayu sendiri ada yang tidak puas hati.
Isu-isu perkauman akhir-akhir ini memang berlaku disebabkan
kerana suasana politik Melayu itu sendiri. Maka ada pihak yang cuba menjadikan
isu perkauman sebagai senjata dalam permainan politik mereka. Pun begitu masih
terkawal walaupun keadaan tidak sebaik dahulu.
Raja-Raja Melayu
Raja-Raja Melayu walaupun dikaitkan dengan kalimah ‘Raja
Melayu’ dan mereka semua beragama Islam, namun sikap mereka terhadap kaum dan
agama lain sentiasa mesra bahkan kadang-kadang merisaukan kaum Melayu itu
sendiri.
Suara Raja-Raja Melayu itu selalu harmoni untuk semua. Dalam
7 Amanah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin kepada seluruh rakyat Perlis,
Amanah Ketujuh berbunyi : “Pegangan Islam dalam Negeri Perlis hendaklah harmoni
untuk semua pihak; tanpa mengira bangsa dan agama. Islam yang diajar dalam
Negeri Perlis hendaklah bersifat universal yang kebaikan dan rahmatnya
merangkami semua kaum dan agama. Pendekatan Islam yang diajar kepada anak-anak
di sekolah dan rakyat jelata hendaklah bebas dari unsur perkauman dan
permusuhan antara rakyat disebabkan perbezaan kaum dan agama semata”.
Suara Tuanku Sultan Nazrin yang merupakan Sultan Perak juga
sentiasa moderat dan mengambil kira masyarakat berbilang agama dan kaum.
Dalam isu dobi hanya untuk orang Islam, Sultan Johor dengan
tegas menolak pendekatan tersebut. Saya sendiri dititahkan oleh pihak Istana
Perlis untuk mengatasi isu tersebut yang juga berlaku di Perlis. Demikian
prihatin Sultan dan Raja Melayu terhadap hak penganut agama lain.
Isu Agama
Dalam isu-isu agama yang kelihatan boleh menimbulkan salah
faham penganut agama lain terhadap Islam khususnya tentang hak dan amalan agama
mereka yang jamin ruangnya oleh Islam, akan ada tokoh-tokoh agama Islam
kalangan orang Melayu yang membela hak agama dan kaum lain. Kenyataan demi
kenyataan sering dikeluarkan bagi menjamin ke arah keharmonian hidup masyarakat
berbilang agama dan bangsa. Saya rasa saya juga ada menyumbang ke arah hal itu.
Saya mufti yang dilantik oleh Raja Melayu.
Parti Politik Melayu
Parti-parti politik Melayu, sekali ada banyak perkara yang
boleh dipertikaikan dalam hal lain, namun soal keharmonian hidup masyarakat
majmuk, setiap mereka cuba menjaganya. UMNO sejak awal membentuk kerjasama
dengan kaum lain. Banyak faedah yang kaum lain dapat melalui UMNO.
PAS walaupun dilihat sempit namun jangan lupa PAS pernah
menyatakan ‘melayu bukan syarat menjadi pemimpin negara’. PAS pernah membuat
slogan muktamar mereka ‘Menggempur Pemikiran Asabiyah (kebangsaan)’. Bahkan PAS
pernah bekerjasama dengan DAP. Lebih ganjil lagi, semasa memerintah Kedah, PAS
langsung tidak mempertikaikan arak di Langkawi. Walaupun hari ini parti itu
berubah disebabkan cuaca politik, namun ruang toleransi pernah ada dan
‘mungkin’ boleh kembali ada. Sampai hari ini parti itu masih berinteraksi
dengan non-muslim. Politik kepartian satu permainan merebut kuasa. Ia berubah
jika ada keperluan.
Parti-parti politik lain seperti PKR, AMANAH dan selainnya
memang secara jelas memberikan ruang dan hak kepada agama dan kaum lain. Bahkan
parti AMANAH, Pertubuhan IKRAM, ABIM dan selain mereka membuat pelbagai program
dan seminar bagi memahamkan orang Melayu Islam mengenai hak dan tolenrasi
dengan agama lain di sisi Islam. Demikian tokoh-tokoh moderat dan progresif
Melayu.
Badan Rasmi Dikuasai Melayu
Badan-badan rasmi yang dikuasai oleh orang Melayu kebanyakan
sering mengambil kira sisi pandang orang bukan Melayu dan bukan Islam. JAKIM,
sekali pun sering dianggap oleh bukan muslim sebagai tidak mesra dengan bukan
muslim, saya yang juga kadang-kala berbeda pandangan dengan JAKIM ingin
memberitahu anda bahawa JAKIM juga dalam mesyuarat mereka mengambil soal
masyarakat pelbagai agama dan kaum ini. Saya menghadiri mesyuarat-mesyuarat
JAKIM, saya tahu hal ini. Walaupun ada individu-individu yang ekstrem namun,
secara umumnya sisi pandang pihak agama lain diambil kira oleh JAKIM. Cumanya,
kadang kala keadaan menyebabkan suasana menjadi berbeza dengan apa yang
dihajati.
Pertubuhan-pertubuhan yang bersifat perkauman kalangan kaum
Melayu sering mendapat bantahan dan kritikan dalam orang Melayu sendiri.
Demikian adil sikap majoriti Melayu.
Nasib Minoriti Muslim di Negara Lain
Anda tahu bahawa saya juga sering memberikan pandangan
mempertahankan hak anda jika saya rasa hak anda dilanggar. Saya pun orang
Melayu. Saya rasa di samping kekurangan yang ada, banyak nilai toleransi Orang
Melayu Islam yang patut juga anda hargai. Lihatlah nasib umat Islam minoriti di
China, India dan terdekat di Myanmar. Mereka diperlakukan dengan segala
perlanggaran bukan sahaja hak beragama, tapi hak asasi manusia itu sendiri.
Dibunuh, diseksa dan dinafikan segala hak kemanusiaan. Di sini, minoriti ramai
yang lebih kaya dari majoriti. Tiada pertumpahan darah dan kekejaman dan
penafian hak secara jelas seperti yang berlaku di negara lain.
Hargailah
Di sini, di Malaysia, di tanah asal Melayu memang ada
kelemahan, ada kekurangan, ya benar, namun jauh bahkan ribuan kali lebih baik
dibandingkan minoriti muslim yang ada di negara-negara seperti China, India,
Myanmar dan selainnya. Muslim di Malaysia tidak menjadikan isu di sana untuk
melunaskan dendam dan permusuhan di sini.

Marilah kita hidup dengan aman dan berusaha menunaikan hak
masing-masing. Toleransi yang wujud selama ini perlu dihargai. Kekurangan kita
baiki, namun jangan sampai lupa untuk menghargai. – Mynewshub.cc


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel