Connect with us

Berita Lain

‘Hendak Makan Pun Perlu Bercatu’


IBU tunggal empat anak di Kampung Babong, Sering, hilang
arah apabila terpaksa keluar dari rumah sewanya lantaran tidak mampu
menjelaskan tunggakan bil elektrik melebihi RM600.
Malah sejak dua hari lalu, Rosilawati Ramli, 37, terpaksa
menumpang di rumah rakannya yang juga ibu tunggal di kawasan berdekatan.
Kehidupannya lima beranak terumbang-ambing apabila terpaksa
membesarkan anak sendirian selepas berpisah dengan bekas suami, dua tahun lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anaknya berusia dua hingga 12 tahun turut diasuh untuk
berdikari kerana dia perlu bekerja sebagai tukang cuci di rumah penduduk
kampung.
“Pendapatan sebanyak RM20 sehari sudah tentu tidak
cukup untuk menampung keperluan harian kami, apatah lagi mahu menjelaskan bil
tertunggak.
“Saya tidak mampu. Hendak makan pun perlu bercatu,
manakala perbelanjaan sekolah dua anak tidak pernah berkurangan,” katanya
ketika ditemui, semalam.
Dua anak Rosilawati belajar di tahun enam dan empat di
Sekolah Kebangsaan (SK) Kedai Lalat masing-masing menerima bantuan persekolahan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 sebulan.
“Saya tidak mahu usik wang bantuan mereka kerana ia
digunakan untuk persekolahan dan saya juga tidak mahu pelajaran mereka
terganggu.
“Jadi untuk makan minum di rumah, saya usahakan cara
lain. Malah tidak malu saya katakan, setiap Jumaat, saya mencari lebihan
sayuran dan ikan di Pasar Kedai Lalat untuk hidangan kami sekeluarga,”
katanya.
Demi keselesaan mereka, dia mencari rumah sewa yang baru
namun tidak dapat mendiaminya kerana sewa bulanan yang tinggi. Dia juga perlu
menjelaskan tunggakan bil elektrik di rumah lama.
Kisah Rosilawati yang tular di media sosial beberapa hari
lalu selepas dihalau dari rumah sewanya, mendapat perhatian Yayasan Amal Datuk
Zul Wisma.
Pengerusinya Datuk Dr Zulkepli Mohamed terpanggil untuk
membantu ibu tunggal itu dan menyampaikan bantuan untuk meringankan beban
mereka sekeluarga.

“Insya-Allah bantuan berterusan akan diberikan kepada
mereka. Saya juga akan cuba panjangkan masalah keluarga ini kepada pihak
berkuasa supaya Rosilawati mempunyai rumah yang dibina di tapak sendiri,
sekiranya (tanah) ada,” katanya. – My Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel