Connect with us

Berita Lain

Ibu Tunggal Tinggal Dalam Rumah Dipenuhi Sampah Hilangkan Diri


KOTA BHARU – Wanita yang tinggal di rumah dipenuhi sampah
dan uzur bersama lima anaknya di Kampung Paloh, Pintu Geng, di sini
menghilangkan diri selepas kisahnya didedahkan kepada umum.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Rahayu
Ahmad berkata, susulan pendedahan tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
membuat tindakan susulan mengambil lima beradik berkenaan untuk ditempatkan di
rumah perlindungan di Pengkalan Chepa lapor Sinar Online.
Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan wanita itu yang
dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing semalam, namun dia
dibebaskan selepas prosedur selesai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami cuba mengesan wanita tersebut di rumahnya hari
ini namun gagal. Jirannya memberitahu wanita itu tidak pulang ke rumah malam
tadi.
“Setelah diperiksa seluruh bahagian untuk mendapatkan
bukti sama ada rumah tersebut memang dijadikan ‘port’ kegiatan menagih dadah.
Namun agak sukar mengesahkan kerana seluruh tempat ditimbuni sampah
sarap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rahayu menasihatkan wanita itu supaya tampil di mana-mana
pejabat AADK bagi membolehkan pihak mereka membantunya menjalani pemulihan.

“Kalau dia sayangkan anak-anaknya dan mahu mereka
kembali ke pangkuan, dia kena ubah diri sendiri,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel