Connect with us

Berita Lain

Isu JITN: Pembela Buat Laporan Terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM


SHAH ALAM: Pertubuhan Belia Generasi Mahkota (Pembela)
menempelak kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam satu
video yang menyatakan penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN)
adalah satu pembaziran.
Pengerusinya, Alzuhadi Amran berkata, tindakan beliau
(Dzulkifli) ini adalah salah kerana beliau sebagai penjawat awam tidak
sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau (Dzulkifli) menggunakan saluran yang betul untuk
menidakkan tindakan kerajaan dan tidak sepatutnya menuding jari bahawa pihak
kerajaan telah melakukan perkara yang salah.
“Kenyataan itu boleh mengelirukan rakyat kerana penubuhan
JITN ini telah diputuskan oleh Kabinet,” katanya.
Alzuhadi berkata demikian dalam laporan polis yang dibuatnya
di Balai Selayang, semalam.
Beliau berkata, beliau (Dzulkifli) seharusnya menggunakan
saluran yang betul sekiranya menidakkan penubuhan JITN tanpa memberikan
sebarang kenyataan.

Katanya, diharap dengan laporan polis yang dibuat ini, polis
dapat menjalankan siasatan sama ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua
Pesuruhjaya SPRM ini dihasut oleh mana-mana individu atau tidak.



Baca: [Video] ”Kerajaan Kata Tak Ada Duit, Bajet Agensi Semua Kena Potong, Tapi Buat Agensi Baru,” Ketua SPRM Bidas Menteri

Terdahulu, video kenyataan Dzulkifli yang berdurasi empat
minit 35 saat itu tular di media sosial Facebook dan Youtube. 
– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel