Connect with us

Berita Lain

Isu Perumahan, Idea Paling Banyak Dikongsi Rakyat – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi perhatian kepada isu perumahan yang dihadapi oleh rakyat. 

SHAH ALAM – Topik perumahan sering diperkatakan oleh
masyarakat di negara ini berikutan harga rumah mampu milik semakin sukar
didapati kini.
Dalam cadangan Bajet 2018, isu perumahan dan kehidupan
bandar adalah idea paling banyak dikongsi rakyat di laman web  https://bajet2018.najibrazak.com.
Suara rakyat itu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Setiap kali pembentangan Bajet, topik perumahan antara
yang paling tinggi mendapat maklum balas rakyat,” tulisnya menerusi akaun
Facebook miliknya.
Sementara itu, antara cadangan yang mendapat paling banyak ‘like’
di laman web tersebut adalah wujudkan bank khas pinjaman perumahan oleh Ahmad
Mahir.
“Wujudkan bank khas untuk tujuan pembiayaan perumahan
dengan mekanisme tertentu bagi mengatasi masalah rakyat yang gagal mendapatkan
pinjaman bank konvensional disebabkan isu tertentu.
“Ini boleh mengurangkan isu lambakan hartanah yang
tidak terjual,” tulisnya.
Alif Nazmi pula berpendapat supaya meningkatkan kadar gaji
minimum dari RM900 hingga RM1,500 sebulan.
“Ini kerana, kadar gaji dan kos kehidupan tidak stabil
sama sekali  manakala harga rumah juga
perlu dikawal terutama di kawasan bandar.
“Harga yang terlampau tinggi sedangkan gaji minima
terlampau rendah, sampai bila rakyat tidak akan ada rumah sendiri jika harga
melambung tinggi tanpa kawalan ketat oleh pihak kerajaan,” tulisnya.
Bagi Nazrul Amir pula, dia mencadangkan supaya dikecualikan
duti setem untuk rumah pertama bernilai kurang RM400,000.
“Dalam bajet 2017, kerajaan telah mengecualikan duti
setem untuk rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah dan diskaun RM5,000 untuk
harga rumah RM300,000 hingga RM500,000.
“Saya mencadangkan agar kerajaan meneruskan
pengecualian ini dengan menambah julat harga rumah untuk pengecualian duti
setem bagi rumah pertama bagi menggalakkan pembelian rumah terutamanya dalam
kalangan belia,” tulisnya. – Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel