Connect with us

Berita Lain

Isu Roboh Rumah: Azmin Tak Tahu Undang-Undang – Noh Omar



PUTRAJAYA – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menyifatkan Menteri Besar Selangor, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali tidak tahu undang-undang apabila menuding jari kepadanya
berhubung isu meroboh tiga rumah dan dua rumah kedai di Subang pada Rabu lepas.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata
kerja-kerja merobohkan rumah dan kedai tersebut dijalankan oleh Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri
Selangor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau penguat kuasa (PBT) di bawah kementerian, saya sudah
telefon jangan roboh, selesai dahulu masalah rumah penghuni.
“Walaupun ada arahan dari mahkamah untuk robohkan, tetapi
kita tolonglah rakyat untuk selesaikan masalah, bukannya terus roboh lepas itu
baru fikir bagaimana hendak beri rumah kepada penghuni,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Konvensyen Badan Pengurusan Strata di sini, hari
ini.
Sebelum ini, Mohamed Azmin berkata Noh yang sepatutnya
menghalang kerja-kerja merobohkan rumah dan kedai berhampiran Lapangan Terbang
Sultan Abdul Aziz Shah itu kerana tanah tersebut adalah milik kerajaan
Persekutuan.
Noh berkata isu tersebut bukan soal pemilikan tanah tetapi
mengenai pihak yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja meroboh iaitu PBT.
Bagi meringankan beban 17 penghuni terbabit, katanya beliau
telah memberi kelulusan segera supaya mereka dipindahkan ke rumah dan kedai
baharu.
“Selasa ini (10 Oktober) saya akan berikan kunci rumah dan
kedai di tempat saya. Hendak harap kerajaan negeri, dia cakap saja… saya akan
buat” katanya.
Noh bagaimanapun enggan mengulas mengenai rumah dan dan
kedai yang bakal diberikan kepada penghuni tersebut dan akan memberitahu
mengenainya semasa penyerahan kunci kelak. – BERNAMA


Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel