Connect with us

Berita Lain

Janji Tiada Kenaikan Tol Selama 20 Tahun


CADANGAN pengambilalihan
Plus Malaysia Berhad (Plus Malaysia) bakal menguntungkan pengguna lebuh raya
apabila Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings) berjanji tidak menaikkan kadar
tol Plus sehingga akhir tempoh konsesi semasa, yang akan berakhir pada 2038.
Plus Malaysia ketika ini
dimiliki UEM Group Berhad (UEM Group), anak syarikat Khazanah Nasional Berhad
dengan 51 peratus kepentingan, selebihnya 49 peratus lagi adalah milik Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengerusi Eksekutif
Kumpulan Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata, dengan
pengambilalihan Plus Malaysia oleh Maju Holdings, pengguna tidak lagi perlu
membayar jumlah kenaikan tol, yang disifatkan lebih tinggi daripada dividen
tahunan yang diperoleh 14.5 juta pencarum KWSP.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai contoh,
kenaikan kadar tol lima peratus setahun. Bagi pengguna tol yang membelanjakan
RM50 seminggu untuk membayar tol, mereka terpaksa membayar tambahan RM2.50
seminggu dan ini bermakna tambahan RM120 setahun terpaksa dikeluarkan untuk
menampung kadar kenaikan tol.
“Namun, jumlah itu
tidak berbaloi dengan dividen diterima pencarum KWSP kerana hasil pulangan yang
diperoleh UEM Group dan KWSP masing-masing adalah RM400 juta setahun. Daripada
pulangan dividen ini, pencarum KWSP hanya menerima RM27.58 setahun (RM400 juta
dibahagi 14.5 juta pencarum),” katanya ketika ditemui Sinar Harian di
Kuala Lumpur, semalam.
Abu Sahid berkata, Maju
Holdings mengemukakan tawaran bernilai RM36 bilion bagi pengambilalihan
keseluruhan aset dan liabiliti Plus Malaysia, dengan RM4 bilion daripadanya
dibayar secara tunai, manakala selebihnya hasil terbitan bon.
“Ia membolehkan KWSP
dan UEM Group masing-masing menerima tunai RM2 bilion.
“Dari situ, setiap
pencarum KWSP akan menerima RM137.93 dividen khas hasil pengambilalihan ini
(RM2 bilion dibahagi 14.5 juta pencarum). Jadi tidak timbul isu pencarum KWSP
rugi seperti yang didakwa,” katanya.
Menurutnya, sejak tawaran
pengambilalihan dikemukakan pada 5 September lalu, pihaknya masih belum
menerima maklum balas secara rasmi untuk mengadakan pertemuan bagi
membincangkan perkara tersebut.
“Kami mengemukakan
tawaran itu menerusi surat niat (Lol) yang dihantar firma penasihat pelaburan
bebas, Evercore Asia Limited, kepada semua entiti terlibat,” katanya.
Beliau berkata, Maju
Holdings yang berpengalaman mengendalikan konsesi Lebuhraya Maju (MEX) yang
beroperasi sejak lapan tahun lalu itu mempunyai keupayaan dalam mengendalikan
lebuh raya Plus.
“Pengambilalihan ini
hanya melibatkan pembelian syarikat Plus Malaysia, bukannya membabitkan
pembelian lebuh raya Plus. Ia hanya melibatkan konsesi hak memungut tol dan
untuk menjaga keselamatan dan kebersihan di lebuh raya.
“Lebuh raya adalah
hak kerajaan dan ia tidak dimiliki mana-mana entiti. Jika syarikat kami membuat
pembiayaan dengan bank, kami tetap tidak boleh menggunakan tanah atau lebuh
raya tersebut sebagai cagaran sebab ia bukan hak kami,” katanya. 
– Sinar Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel