Connect with us

Berita Lain

Kalau Dicalonkan Pun Saya Tak Ingin Kata Mahfuz

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar – Foto: Free Malaysia Today

Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau
sendiri akan menolak jika dicalonkan semula parti itu pada pilihan raya umum
(PRU) akan datang.
Beliau membalas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah
Muhammad Sanusi Md Nor yang parti itu tidak akan lagi mencalonkan Mahfuz yang
dilihat lebih cenderung kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga
menyuarakan perkara sama, iaitu mana-mana wakil rakyat parti itu yang dilihat
menyokong HARAPAN tidak akan dicalonkan lagi, kerana menunjukkan penentangan
terhadap parti secara terbuka.
“Terima kasih kerana tidak mencalonkan saya.
“Jika PAS calonkan pun, saya tak akan terima. Jika saya
terus jadi calon PAS saya akan mengkhianati rakyat.
“Saya tolak (untuk) menjadi calon sekadar 40 kerusi
parlimen. Ini akan menyebabkan BN terus memerintah,” kata Mahfuz ketika
ditemui pemberita di Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara (AMANAH) di
Alor Setar, Kedah.


Beliau merujuk sasaran PAS untuk memenangi 40 daripada 222
kerusi parlimen pada PRU ke-14.
Dalam sidang media semalam, Muhammad Sanusi turut berkata
anggota PAS tidak melihat pemimpin atas kapasiti individu, sebaliknya kepatuhan
terhadap parti.
“Selepas dia (Mahfuz) isytihar secara zahir atau tidak
tinggalkan PAS jadi kita ucap bye bye lah,” katanya.


Ketika ditanya sama ada Mahfuz akan menyertai parti serpihan
PAS Parti Amanah Negara (AMANAH), beliau hanya berkata ia “persoalan yang
tidak berbangkit” buat masa ini.
Mahfuz sebelum ini sering dilihat menyertai program HARAPAN
dan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepimpinan PAS.
Malah, beliau menyifatkan HARAPAN lebih komited ke arah
perubahan politik berbanding PAS dan Gagasan Sejahtera yang diketuai parti itu.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel