Connect with us

Berita Lain

Kanak-Kanak Enam Tahun Hilang Ditemui



BANTING – Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Yang didakwa hilang ketika di bawah jagaan neneknya di Taman Yayasan, Sungai Jarom, di sini, bagaimanapun ditemui dalam keadaan selamat.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, hari ini, mangsa berada bersama neneknya berusia 71 tahun, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, ketika itu nenek kanak-kanak terbabit membantu jirannya membuang kayu yang berada di belakang rumah.
Menurutnya, tidak lama kemudian, nenek kanak-kanak terbabit menyedari cucunya itu telah tiada dan telah berusaha mencarinya di sekeliling rumah dan kawasan perumahan berhampiran.
“Nenek kanak-kanak terbabit kemudian membuat laporan polis kira-kira jam 3.12 petang berikutan bimbang terjadi perkara yang tidak diingini.
“Susulan laporan itu, kanak-kanak terbabit kemudian telah ditemui dalam keadaan selamat oleh orang awam kira-kira jam 5.30 petang di kawasan tepi sungai” katanya.
Beliau berkata, jarak mangsa ditemui daripada rumah neneknya itu kira-kira 500 meter.
Katanya, pegawai penyiasat telah membawa kanak-kanak terbabit ke Hospital Banting untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel