Connect with us

Berita Lain

Kanak-Kanak Kena Rantai Pada Tong Gas Ingin Jumpa Bapa Kandung


KANAK-KANAK lelaki berusia 10 tahun yang dirantai bapa tiri
pada tong gas di Indera Mahkota 1, Kuantan, kelmarin, mahu bertemu bapa
kandungnya yang dipercayai berada di Melaka.
Hasrat itu disuarakannya kepada Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk
Shahaniza Shamsuddin ketika lawatan di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),
di Kuantan, hari ini.
Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, bapanya
bekerja sebagai pencuci kereta di Pantai Klebang dan sudah lama tidak bertemu
lelaki itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kali terakhir saya bertemu ayah pada hari raya
(Aidilfitri) tahun lalu.
“Selepas itu tidak lagi (bertemu),” katanya.
Katanya, dia juga tidak pernah menghubungi bapa kandungnya
itu kerana tidak mengetahui nombor telefon lelaki berkenaan.
Sementara itu, Shahaniza berkata, dia berharap bapa kandung
kanak-kanak terbabit datang bertemu anaknya selepas kejadian disiarkan media.
“Mungkin ada kerinduan dalam dirinya (kanak-kanak)
terhadap bapa kandung kerana saya difahamkan sudah lama tidak bertemu.
“Jadi, saya harap jika bapa kandungnya membaca berita
ini datanglah bertemunya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kanak-kanak berkenaan berada
dalam keadaan baik dan akan dipantau pihak HTAA serta Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).
“Sementara menunggu siasatan polis selesai pihak JKM
akan memberikan kaunseling kepada kanak-kanak ini selain melihat keperluan lain
yang bersesuaian.

“Sehingga kini dia masih dirawat di hospital,”
katanya. – My Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel