Connect with us

Berita Lain

Kerajaan Pulau Pinang Umum Tubuh Suruhanjaya Siasat Tanah Runtuh Di Tanjung Bungah

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. – Foto: NST



GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang
mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Negeri (SCI) yang akan menyiasat
kejadian tanah runtuh yang berlaku di projek perumahan mampu milik di Tanjung
Bungah yang mengorbankan 11 nyawa pekerja.


SCI akan menentukan penyebab cerun
tapak binaan sementara itu runtuh dan antara lain akan memutuskan jika ianya
kemalangan tapak pembinaan.


Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata SCI
perlu membentangkan dapatan dan membuat laporan dalam masa 3 bulan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya akan kemukakan cadangan ini
kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Utama Abdul Rahman Abbas untuk
perkenannya dan kemudian mewartakannya. Tarikh mula akan dimaklumkan kemudian,”
katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini, lapor FMT.

Lima syarat rujukan (TOR) yang
dicadangkan untuk SCI adalah seperti berikut:
  • Menentukan punca kegagalan cerun pembinaan sementara di
    tapak pembinaan projek.
  • Mengenalpasti pihak yang bertanggungawab ke atas kegagalan
    cerun pembinaan sementara.
  • Mengemukakan syor dan tindakan yang sesuai termasuk tindakan
    undang-undang kepada pihak yang bertanggungjawab.
  • Mengkaji proses dan prosedur kelulusan projek ini sama ada
    ia teratur dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan serta syor-syor untuk
    ditambahbaikkan.
  • Menyemak semula perkara-perkara berkaitan dengan projek ini
    termasuk sama ada projek bangunan dibina atas tanah landai atau lereng bukit,
    dan adakah tapak kuari adalah di antara sebab utama kegagalan cerun pembinaan
    sementara atau semata-mata kemalangan di tapak pembinaan.

SCI akan mengikuti format sama sebagaimana yang suruhanjaya
yang ditubuhkan untuk menyiasat runtuhan antena Menara Umno di Jalan Macalister
dan runtuhan tanjakan Jambatan Pulau Pinang Ke-2 pada 2013 yang mengorbankan 3
nyawa.

SCI Tanjung Bungah yang dicadangkan itu memperakui bilangan
mangsa sebagai 11 orang, terdiri daripada 4 warga tempatan, 4 warga Bangladesh,
3 warga Myanmar, 2 warga Indonesia dan seorang warga Pakistan.

Lim berkata SCI akan menjalankan siasatan penuh dan teliti
untuk memastikan sebab sebenar tanah runtuh itu yang berlaku di tapak binaan
itu dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang bersalah.

SCI akan dipengerusikan oleh bekas pengerusi Majlis Peguam
Datuk Yeo Yang Poh, bersama pakar geoteknikal Datuk Ir Dr Gue See Sew dan
jurutera forensik geoteknikal dari Universiti Teknologi Malaysia Prof Ramli
Nazir.

Yeo adalah pengerusi Lembaga Rayuan Pulau Pinang, sementara
Gue pula orang utama dalam memberi nasihat untuk pemulihan penggondolan haram
Bukit Relau pada 2013.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel