Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] ‘Kerja Hanya Ingin Melaga-Lagakan Orang, Tulis Berita Macam Gosip Murahan, Tutup Sahajalah Syarikat Surat Khabar Tersebut’ – TMJ


Heboh dan kecoh di media sosial mengenai muka depan
sebuah akhbar tempatan yang mendakwa Presiden FAM guris hati peminat bola
Malaysia.
Berita yang ditulis dan disiarkan oleh akhbar Kosmo
yang terletak di bawah Utusan melaporkan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
berkata,
“Pasukan negara anda semua, not my negara. I’m
from Johor, you know.”
Ekoran penyiaran berita itu, ada pihak yang
menuntut Tunku Ismail membuat permohonan maaf kepada para peminat sukan bola
sepak yang kononnya terguris hati dengan kenyataan baginda itu.

Bagaimanapun, Tunku Ismail tampil memberi
kenyataannya yang disiarkan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada
jam 12.12 tengah hari tadi, mengenai isu tersebut.
Satu jam lebih punya dialog saya bercakap mengenai
bola sepak dan isu-isu semasa, tetapi ayat gurauan yang terakhir saya selama 20
saat itulah yang menjadi tumpuan sekarang. Inilah salah satu sebab mengapa saya
dah tak baca surat khabar dalam negara ini kerana sikap terdesak ingin menjual
surat khabar dan menulis berita seperti di majalah gosip.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Advertisement
Kepada sahabat-sahabat saya di luar negara ini,
inilah slogan Malaysia Boleh. Inilah mentaliti bangsa Melayu saya di sesetengah
tempat di Malaysia. Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang
terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja
dan tulis berita macam gosip murahan. Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik
anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit
rakyat.

Semua benda nak percuma, tidak berusaha tetapi
tidak boleh melihat kesenangan orang lain. Apabila menulis panjang, malas
membaca. Ada pulak yang tak faham. Apabila dah keluar video ‘live’ pun masih
tak faham?
Saya pernah dimaklumkan berkenaan dengan agenda
hendak meningkatkan sistem pelajaran di dalam negara ini. Dengan apa yang kami
lihat, saya rasa mereka yang berkuasa harus bertindak cepat untuk meningkatkan
sistem pelajaran kerana ada 3 perkara harus diberi perhatian dalam negara ini
iaitu kurang pendidikan, rasuah dan “extremism”.

Jikalau ia berlarutan, gelap masa depan anak cucu
cicit kita.


Berkenaan saya ingin berjumpa dengan budak “topi
merah”, kami pernah berjumpa dahulu ketika beliau ingin memberi idea untuk
menekan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terdahulu. Jadi kali ini
saya ingin bertanya kepada beliau, apa yang menyebabkan beliau tidak gembira
sekarang ini? Apa yang boleh saya buat untuk beliau atau mereka yang lain?
Saya teringin sangat nak bertanya sendiri kepada
mereka semua tentang apa yang mereka mahu dengan FAM ketika ini. Jikalau betul
ada apa apa, FAM sekarang ini kan sudah ada hubungan rapat dengan penyokong,
tidak seperti FAM yang dahulu. Jadi luahkanlah kepada saya apabila kita
berjumpa. Ini baru saya cakap nak jumpa dah macam nak roboh satu negara.
Isu-isu penting semua tidak ambil peduli tetapi
hanya gurauan atau ketika cakap kosong sahaja yang di besar-besarkan. Malaysia…

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel