Connect with us

Berita Lain

Kes Boy Iman Memalukan Institusi Ayahanda


KUALA LUMPUR – Kes pelakon, Datuk Boy Iman yang kini ditahan
reman kerana melibatkan penipuan rumah mampu milik telah memalukan martabat
institusi ayahanda di negara ini.
Gelaran ayahanda bukannya sesuatu yang baharu dalam gerakan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.
Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia
(Permas), Datuk Abdul Halim Ali menegaskan, apa yang berlaku telah menjejaskan
etika gelaran ayahanda yang dipandang tinggi oleh ahli pertubuhan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau bagaimanapun menjelaskan, pihaknya tidak mempunyai
masalah dengan mana-mana NGO yang ingin mengurniakan gelaran ayahanda kepada
individu tertentu.
“Apa yang berlaku kepada Boy Iman yang memiliki gelaran
ayahanda telah memalukan institusi dan tidak bertanggungjawab.
“Kes beliau telah merosakkan nama dan etika ayahanda.
Justeru, Permas telah menolak individu yang memiliki gelaran ayahanda melakukan
aktiviti yang bertentang dengan etika ayahanda,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat
khas Ketua-Ketua NGO naungan Permas peringkat Malaysia di sini hari ini.
Seramai 200 ahli NGO tersebut hadir pada mesyuarat yang
membincangkan Simposium Himpunan Melayu – Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia pada
November ini.
Sementara itu, Boy Iman atau nama sebenar, Noruliman A.
Rahman semalam ditahan reman tiga hari lagi di Shah Alam berkaitan kes penipuan
melibatkan RM6.2 juta.
Pengarah Urusan DBI Properties sebelum ini direman di Muar
dan Kuala Lumpur berhubung siasatan kes yang sama.
Tindakan reman dibuat susulan aduan polis di Sungai Buloh,
Selangor.
Turut direman tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global
Resources, berumur antara 30 hingga 45 tahun, mengikut seksyen yang sama.
Pada Khamis lalu, Mahkamah Majistret Muar memerintah Boy
Iman, 37, direman dua hari.
Polis menyiasat dakwaan penipuan jualan rumah murah
membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Polis menerima 200 aduan berkaitan penipuan jualan rumah
dengan harga RM60,000 untuk keluasan 1,650 kaki persegi. – MalaysiaGazette

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel