Connect with us

Berita Lain

Kes Bunuh Dua Anggota TLDM, Laskar Kanan Didakwa Hari Ini


LUMUT: Mahkamah Majistret Seri Manjung
hari ini mendakwa seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas
tuduhan membunuh dua Laskar Kelas 1 TLDM di Bilik Tahanan Unit (BTU) TLDM
Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini bulan lalu.
Laskar Kanan Muhd. Izhrifikri Roslee,
29, dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat,
28, di antara jam 10.30 pagi hingga 3.20 petang, 29 September lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tertuduh yang merupakan pengawal bilik
tahanan tersebut didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Padang Latihan Bilik
Tahanan Unit (BTU) TLDM Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Muhd.
Izhrifikri juga didakwa telah membunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad
Lailaltuiman Mohd.Sukri, 26, pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Ketua Unit Pendakwa Perak, Yusaini Amer
Abd. Karim mengemukakan kedua-dua tuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.
Seksyen 302 akta tersebut
memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Muhd. Izhrifikri dilihat hanya
menganggukkan kepala tanda memahami pertuduhan sebaik kedua-dua pertuduhan
berkenaan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur
Syaqira Ibrahim.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan
daripada Muhd. Izhrifikri .
Mahkamah menetapkan 12 Disember depan
untuk sebutan semula kes tersebut.
Sementara itu, dua lagi Laskar Kanan
TLDM, Hamzah Zakaria, 35, dan Mohd. Farid Musa, 32, yang juga bertugas sebagai
pengawal bilik tahanan didakwa atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan
kecederaan terhadap Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailaltuiman mengikut
Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan
minta dibicarakan atas tuduhan tersebut. – 
 Antarapos

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel