Connect with us

Berita Lain

Kes Dera Anak Usia 10 Tahun: Anggota Tentera, Isteri Ditahan


KUANTAN: Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu
siasatan kes dera anak mereka berusia 10 tahun di Indera Mahkota, dekat sini,
petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz
Salleh, berkata perbuatan itu terbongkar hasil maklumat awam dan pemeriksaan
oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
“Bapa kanak-kanak itu berusia 35 tahun adalah anggota
tentera bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang. Hasil siasatan awal mendapati
dia mengikat leher anaknya menggunakan rantai dan mengunci pada tong gas
sebelum ditinggalkan di ruang dapur rumah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Polis cuba memasuki rumah itu melalui pintu depan,
namun tidak berjaya kerana dikunci. Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah
dan ternampak kelibat kanak-kanak memakai seluar tanpa baju, terbaring tidak
sedarkan diri,” katanya, hari ini.
Beliau yang dihubungi semalam, berkata kanak-kanak itu masih
bersekolah di sebuah sekolah rendah di Indera Mahkota, lapor BH Online.
Katanya, polis kemudian menghubungi Hospital Tengku Ampuan
Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kesan kecederaan pada
bahagian leher akibat dirantai.
Difahamkan, kanak-kanak malang itu hanya tidak ke sekolah
kelmarin dan bapanya yang gagal menahan marah, dipercayai bertindak di luar
batasan dengan menghukum anaknya itu.
Abdul Aziz berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan
30-an itu kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta
Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel