Connect with us

Berita Lain

Kes Kanak-Kanak Melecur Tersimbah Tomyam Panas, Keluarga Pertimbang Ambil Tindakan

Tular di laman sosial melecur di bahagian leher akibat sup
tomyam yang tertumpah ke badannya dalam insiden di sebuah restoran di Balok. -Foto Facebook

KUANTAN: Keluarga kepada seorang kanak-kanak yang melecur
selepas terkena tomyam panas di sebuah restoran di Balok, di sini, malam
semalam akan berhubung dengan pihak peguam bagi mendapatkan nasihat guaman
mengenai insiden itu.
Menurut bapa kanak-kanak berusia lima tahun yang hanya mahu
dikenali sebagai Ahmad berkata, pihaknya juga akan membuat laporan polis
berhubung perkara itu.
“Saya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan
memandangkan apa yang menimpa Nur Qisya Darwisyah itu masih baharu.
“Kesan lecur pada badan anak saya masih berair. Saya risau
jika ada sebarang jangkitan pada kesan lecur yang berlaku dan saya akan
mengikut saluran yang betul dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada
peguam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam pada itu, menceritakan mengenai kejadian itu, Ahmad
berkata dia bersama keluarganya ke restoran berkenaan di Balok untuk makan
malam.
Jelasnya, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, dia yang
sedang berurusan di kaunter untuk menempah makanan terkejut apabila mendengar
tangisan anaknya yang terkena sup tomyam yang dibawa seorang pelayan restoran
berkenaan, lapor Astro Awani.
“Saya terus mendapatkan anak saya dan mendapati bahagian
belakangnya sudah melecur.
“Kemudian saya bergegas membasuh bahagian badan yang
terkena sup tomyam dan membawa anak saya menaiki kereta sebelum kenderaan
ditahan oleh pengurus restoran berkenaan.
“Dia ada bertanya kepada saya tentang apa yang berlaku
dan saya memaklumkan bahawa badan anak saya melecur dan terus keluar dari
kawasan restoran berkenaan untuk ke hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad memberitahu dia menyedari pengurus
restoran berkenaan telah mencampakkan sesuatu di dalam keretanya dan mengetahui
bahawa bungkusan itu merupakan wang tunai RM200 selepas membawa anaknya
mendapatkan rawatan.
Dia bagaimanapun cuba menghubungi semula restoran berkenaan
namun tiada respon.
Sementara itu, pengurus restoran berkenaan, Mohd Zanafi
Wahab, 39, berkata mereka kesal dengan kejadian yang tidak disengajakan itu dan
mahu perkara berkenaan diselesaikan tanpa pertikaian serta kekeliruan seperti
disebarkan di media sosial.
Katanya, pihaknya terkejut apabila kejadian itu tular di
media sosial, dan mendakwa ada kenyataan tidak benar yang dibangkitkan, sekali
gus memburukkan imej restoran yang sudah enam tahun beroperasi itu.
“Saya sebenarnya tidak nampak kejadian itu kerana
keadaan terlalu sibuk berikutan terlalu ramai pelanggan. Saya cuma sedar
apabila keluarga berkenaan bergegas hendak pulang.
“Saya tanya apa yang terjadi dan mereka mengatakan
seorang daripada anak mereka terkena sup tomyam, saya cuba meminta maaf dengan
menghulurkan tangan dan memberi RM200 untuk rawatan di klinik, tetapi seperti
tidak diendahkan kerana mereka kelam kabut.
“Hari ini saya lihat kejadian itu ditularkan dan banyak
perkara tidak betul. Ada yang kata saya campakkan duit sedangkan bukan begitu.
Sebaliknya, keluarga itu yang tergesa-gesa dan mungkin kelihatan seperti saya
mencampaknya,” katanya.

Mengulas lanjut, dia berharap isu itu tidak dipanjangkan dan
berhasrat untuk menemui keluarga kepada kanak-kanak berkenaan bagi memohon maaf
secara peribadi serta meleraikan segala kekeliruan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel