Connect with us

Berita Lain

Kes Penipuan DBI Properties Dan Juta Kelulut Global Resources: Polis Cari Ustaz Zubir


JABATAN Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mencari
individu bernama Zubir Yahya atau dikenali sebagai Ustaz Zubir bagi membantu
siasatan kes penipuan pelaburan rumah DBI Properties dan Juta Kelulut Global
Resources.
Pengarahnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata,
lelaki itu dikatakan menggunakan agama atau lebih sesuai digelar penunggang
agama sebagai pelaris untuk menipu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita perlukan Ustaz Zubir ini bagi melengkapkan
siasatan.
“Setakat ini, polis sudah menahan empat individu iaitu
Datuk Nuruliman A Rahman, Siti Nurbaiyah Yahya atau Datuk Anggun dan dua
lelaki,” katanya ketika sidang media di Pejabat JSJK, Menara 238, Kuala
Lumpur.
Acryl berkata, sebanyak 18 kertas siasatan sudah dibuka
daripada 210 laporan polis yang membabitkan kerugian RM6.8 juta.
Katanya, semua suspek kini ditahan reman bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Keempat-empat suspek ditahan berkaitan penipuan jualan rumah
yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global
Resources.
Syarikat itu menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga
yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah
rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi. Namun, selepas bayaran dilunaskan
pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan.
Keempat-empat suspek ditahan Isnin lalu di lokasi berasingan
di Kuala Lumpur dan Selangor.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ustaz
Zubir diminta hubungi balai polis berdekatan. – My Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel