Connect with us

Berita Lain

Kes Pukul Anggota Rela: ‘Datuk Seri’ Direman


AMPANG: Lelaki berstatus ‘Datuk Seri’ yang didakwa memukul
tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika bertugas di sebuah
tokong dekat Kampung Baru di sini, Jumaat lalu, direman empat hari bermula hari
ini.
Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan reman
sehingga 3 November ini bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen
186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun
Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam
daripada menjalankan kewajipannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Terdahulu, lelaki berusia 29 tahun yang memakai kemeja putih
itu tiba di perkarangan bangunan Mahkamah Ampang pada jam 9.30 pagi.
Pada jam 10.50 pagi, dia diiringi anggota polis ke kamar
mahkamah untuk prosiding reman.
Prosiding reman mengambil masa lebih sejam sebelum suspek
dibawa keluar pada jam 12 tengah hari.
Suspek ditahan pada jam 4 petang semalam selepas menyerah
diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga
anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19; Leong Jiun Jie, 21, dan Lee Weng
Poh, 27, masing-masing bengkak mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian
badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang suspek.
Mereka mendakwa kejadian berpunca daripada tindakan meminta
suspek mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi
jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Berikutan kejadian, laporan dibuat di Balai Polis Ampang,
selain aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri
Michael Chong, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.



— Berita Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel