Connect with us

Berita Lain

Ketua Pendakwaan JPN Ketuai Siasatan Skandal Bos SPRM


KUALA NERUS, 21 Okt — Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan
Peguam Negara akan mengetuai pasukan khas bagi memantau siasatan ke atas
dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad
terbabit dengan skandal bersama seorang wanita di Bali, Indonesia, yang tular
di media sosial  baru-baru ini.
Tanpa menyebut individu yang terlibat, Peguam Negara, Tan
Sri Mohamed Apandi Ali berkata pasukan itu adalah bahagian yang paling tinggi
dan mengetuai segala siasatan terutamanya siasatan polis di seluruh negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketua Bahagian Pendakwaan ini akan terus melaporkan
sebarang perkembangan secara terus kepada saya…namun begitu sehingga kini
saya tidak lagi mengetahui sebarang perkembangan mengenai kes berkenaan  dan kita serahkan siasatan tersebut kepada
polis untuk mengambil keterangan daripada beberapa orang saksi dan sebagainya.
Apa yang kita lihat seperti yang tular dalam video tidak
pasti lagi akan kesahihannya…tunggu hasil siasatan sahaja…sebab
undang-undang semua ada bagi mereka yang membuat kesalahan…kalau orang buat
laporan palsu…kita juga ada undang-undang akan dikenakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas
menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang sempena Majlis Konvokesyen
ke-9 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.
Turut berkenan mencemar duli Sultan Terengganu, Sultan Mizan
Zainal Abidin  dan Sultanah Terengganu,
Sultanah Nur Zahirah merangkap Canselor UniSZa ke majlis berkenaan.
Hadir bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad
Razif Abdul Rahman, Naib Canselor UniSZA, Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif
dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Zubir Embong.
Pada majlis itu, Gabenor 
Sulawesi Selatan, Dr H. Syahrul Yasin Limpo turut menerima Ijazah
Kehormat Doktor Pengurusan dan Kepimpinan.
Pejabat Peguam Negara pada 16 Okt  lepas telah menubuhkan pasukan khas  bertujuan memantau secara rapi siasatan ke
atas Dzulkifli  di bawah Seksyen 498
Kanun Keseksaan dan kesalahan berkaitan.
Mohamed Apandi turut mengulas sesetengah pihak yang menyalah
ertikan konsep kewujudan pasukan khas itu.
“Ramai orang salah 
faham konsep pasukan khas…sedangkan pasukan khas yang saya wujudkan
adalah dalam Jabatan Peguam Negara… saya fikirkan pasukan khas ini perlu
diwujudkan kerana berlakunya tohmahan yang melibatkan integriti…integriti
seorang yang mengetuai Badan Pencegahan Rasuah yang mana memerlukan standard
moral yang tinggi.
Jadi saya sebagai Peguam Negara dan pengamal undang-undang
sentiasa percaya kepada kebenaran itu perlu wujud…kita tidak tahu perkara
tersebut fitnah atau benar dan apa yang dilakukan sekarang adalah  untuk mencari kebenaran,” katanya.—Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel