Connect with us

Berita Lain

KR1M 2.0 Bukan Projek ‘Kongkalikong’ Kata Hamzah


KUALA LUMPUR – Projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 yang
diteruskan tahun hadapan akan memberi peluang kepada banyak syarikat dan bukan
tertumpu pada satu seperti sebelum ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kegagalan KR1M 1.0 adalah disebabkan
beberapa faktor antaranya lokasi tidak strategik, di mana kebanyakan kos
logistik sangat tinggi.
Menurutnya, kawasan tidak strategik dan kos yang tinggi
menyebabkan  banyak premis yang terpaksa
ditutup, lapor Sinar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“KR1M 2.0 akan diteruskan dengan menggunakan pedekatan
lebih menyeluruh. Ini bukan projek kong kalikong. Ini untuk bantu rakyat,”
katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Bintulu (BN),
Datuk Seri Tiong King Sing mengenai jaminan kerajaan KR1M 2.0 akan memberi
lebih banyak pilihan produk dan harga murah di pasaran.
Menurutnya, kali ini projek itu akan diperluaskan lagi
dengan kerjasama dengan beberapa syarikat lain seperti syarikat multinasional,
syarikat industri kecil dan sederhana (SME).
Hamzah berkata, kerjasama itu akan dapat mengurangkan
kos-kos yang tinggi selama ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel