Connect with us

Berita Lain

Kurang Bijak Kembalikan Semula Subsidi Minyak


KUALA LUMPUR: Mengembalikan semula subsidi minyak dilihat
sebagai tindakan kurang bijak.
Sebaliknya, langkah yang perlu dilaksanakan adalah
menumpukan kepada penguatkuasaan dalam memastikan kestabilan harga barang di
pasaran tempatan, demikian kata pakar ekonomi.
Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd
Afzanizam Abdul Rashid, berkata seperti yang sedia maklum, terlalu banyak
masalah timbul dengan subsidi minyak seperti ketirisan yang mana golongan
sasaran tidak memperoleh manfaat subsidi yang sepatutnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, dari sudut kedudukan kewangan pula, dengan
mengembalikan semula subsidi minyak, ia mempunyai risiko yang tinggi terhadap
penarafan kredit negara ini, yang mana akan menjejaskan keyakinan pelabur
terhadap negara ini.
Katanya, lazimnya, agensi penarafan kredit antarabangsa
seperti Moody’s dan Standard & Poor’s Ratings Services (S&P) memberi
penekanan kepada konsolidasi fiskal negara.
“Sekiranya, kita berpatah balik (mengembalikan semula
subsidi minyak), berkemungkinan kita merisikokan penarafan (kredit) yang kita
ada,” katanya ditanya mengenai saranan supaya dasar subsidi bahan api
dinilai kembali supaya harga minyak berada di paras lebih rendah daripada
sekarang.
Beliau berkata demikian pada program Bicara BH bertajuk
Bajet 2018: Mampukah kerajaan penuhi tuntutan rakyat? yang disiarkan secara
langsung di Berita Harian Online, di sini, hari ini. Hadir sama, Aktivis
Sosial, Tan Sri Lee Lam Thye.
Menyentuh mengenai kedudukan defisit fiskal negara, Mohd
Afzanizam berkata, adalah penting bagi kerajaan untuk terus mengurangkan
defisit fiskal secara berterusan.
Beliau berkata, kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri
Johari Abdul Ghani pada awal tahun ini mengenai kemungkinan sasaran bajet
seimbang tidak dapat dicapai menjelang 2020 berikutan ketidaktentuan luaran,
dilihatnya sebagai satu isyarat yang positif.
Katanya, sekiranya negara tidak berjaya mencapai bajet
seimbang menjelang 2020, ia tidak menjejaskan jika defisit fiskal terus
berkurangan kerana ia memberi ruang fiskal kepada kerajaan dalam merangka
perbelanjaan.
Malah, ruang fiskal yang ada itu membolehkan kerajaan
memberikan insentif yang dapat memanfaatkan rakyat, katanya.
— Berita Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel