Connect with us

Berita Lain

Luah Rasa Rindu Pada Kedua Anak Rupanya Pertanda Ajal


“Mamang (Erwin) ada meluahkan hasrat dia amat rindu untuk
bertemu dua anaknya di kampung hujung tahun ini, namun semuanya tidak
kesampaian,” saya tak sangka rupanya itulah pertanda ajalnya sudah dekat “kata
anggota keluarga seorang daripada mangsa tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai
Tanjung Bungah di Georgetown.
Anisah Muddakir, 30, berkata, kali terakhir bapa saudaranya,
Erwin Salis, 33, bertemu dengan anak-anaknya ialah dua tahun lalu.
“Mamang (Erwin) dah bekerja di Malaysia sejak enam tahun
lalu dan dia hanya pernah pulang sekali sahaja ke kampung di Surabaya,
Indonesia untuk bertemu anak lelaki dan perempuannya yang kini berusia 12 dan
tujuh tahun,” katanya ketika ditemui di lokasi tanah runtuh itu, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anisah yang berada di kawasan itu menunggu operasi mencari
dan menyelamat dijalankan bersyukur kerana jasad bapa saudaranya telah
ditemukan.
Mayat Erwin yang tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak
pembinaan rumah mampu milik semalam ditemukan, 2.45 pagi tadi.
Erwin ialah antara 11 pekerja binaan pelbagai negara
dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, semalam.
Operasi mencari dan menyelamat lima lagi mangsa yang
tertimbus masih diteruskan.
Mayat Erwin dihantar ke Hospital Pulau Pinang.
Anisah berkata, bapa saudaranya itu seorang yang suka
membantu orang lain dan tidak lokek dengan senyuman.

“Kami sekeluarga pasti akan merindukan gurauan dan senyuman
Mamang,” katanya dengan sayu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel