Connect with us

Berita Lain

Mahkamah Tinggi Benarkan Najib Batal Saman Pua


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membatalkan saman
dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua terhadap Datuk Seri
Najib Razak berhubung dakwaan Perdana Menteri melakukan salah laku dalam
jawatan awam membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Faizah Jamaludin
membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu selepas memutuskan Pua
selaku plaintif tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk
memfailkan saman berkenaan.
Faizah dalam penghakimannya berkata tuntutan saman
oleh Pua tidak mempunyai sebarang kuasa tindakan yang munasabah dan adalah satu
penyalahgunaan proses mahkamah, malah saman itu hanya spekulasi semata-mata
kerana plaintif tidak mengemukakan butiran lanjut mengenai salah laku yang
didakwa dilakukan Najib.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Selain itu, katanya Mahkamah Tinggi terikat dengan
keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan tidak boleh disaman kerana mereka bukan pegawai awam.
Mahkamah kemudian memerintahkan Pua membayar kos
sebanyak RM10,000 kepada Najib dan kerajaan selaku defendan.
Najib memfailkan permohonan untuk membatalkan saman
Pua pada 14 Februari lalu dengan alasan perdana menteri bukan seorang pegawai
awam dan tuntutan oleh plaintif mempunyai tujuan politik yang terselindung.
Pua dalam tuntutan samannya, mendakwa Najib atas kapasiti
Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, cuai menggunakan
pengaruh dan kedudukan bagi mendapatkan jaminan daripada kerajaan untuk bon
1MDB yang mana hasil itu dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.
Najib diwakili peguam Tan Sri Cecil Abraham dan
Datuk Mohd Hafarizam Harun, Pua diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala
Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching bertindak bagi pihak Kerajaan
Malaysia. – BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel