Connect with us

Berita Lain

Malaysia Eksport Tenaga Mahir Bantu Bina Projek Mega Kata PM


KUALA LUMPUR: Malaysia mampu mengeksport kepakaran tenaga
berkemahiran tinggi ke luar negara bagi membantu membina projek-projek mega
infrastruktur di negara-negara yang memerlukan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini
merupakan manfaat sampingan yang diperoleh daripada negara ini selagi kerajaan
membina projek-projek untuk rakyat dan mela­bur dalam pengukuhan modal insan.
Malah katanya, sistem Transit Aliran Massa Lembah Klang
(KVMRT) yang diperkenalkan kerajaan turut membantu mewujudkan golongan
berkemahiran tinggi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mesti ada tulang belakang dalam sistem rel kita dan kita
sebenarnya lebih daripada itu, jika kena gayanya, kita mungkin dapat
mengeksport tenaga berkemahiran dan bernilai tinggi ke luar negara untuk
membantu membina projek-projek infrastruktur di negara-negara yang memerlukan.
“Dalam tempoh sedekad akan datang, sektor pengangkutan awam
akan menjana kira-kira 100,000 jawatan teknikal dan berkemahiran tinggi
kejuruteraan dengan projek-projek bernilai tinggi seperti Rel Berkelajuan
Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan
Sistem Transit Rapid,” katanya sewaktu berucap merasmikan Simposium
Pengangkutan Awam Darat (LPT) 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini
hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa;
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pemang­ku Pengerusi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Isa Samad.
Tambah Najib, walaupun negara banyak mencapai kejayaan dalam
pengangkutan awam, namun, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan.
Malah jelasnya, kerajaan telah menetapkan matlamat baharu di
bawah pelan Transformasi Nasional iaitu untuk menjadi 20 buah negara teratas
menjelang tahun 2050.
“Pengangkutan awam merupakan sebahagian daripada matlamat
untuk mencapai sasaran 20 negara teratas, jadi transformasi pengangkutan awam
mesti kekal mengikut keadaan semasa dan selari dengan permintaan populasi mesra
Internet,” ujarnya.
Perdana Menteri memberitahu, setiap inisiatif pengangkutan
awam yang dilaksanakan kerajaan bukan hanya memberi manfaat kepada penggunanya
sahaja sebaliknya turut memberi peluang kepada pembangunan modal insan.
Najib berkata, projek penambahan rangkaian landasan rel
misalnya, memberi peluang tidak ternilai untuk aktiviti pembelajaran,
pembangunan dan melaksanakan sistem canggih untuk penyelenggaraan dan
pengoperasian.
Katanya, sejak berdekad lamanya, kerajaan melabur bi­lion
ringgit untuk membina dan menaiktaraf rangkaian rel dalam bandar raya dan juga
Greater Kuala Lumpur atau KVMRT.
“Kerajaan telah menambah rangkaian rel bandar dari 279
kilo­meter ke 369 kilometer dan jumlah ini berkembang sehingga 505 kilometer
dengan siapnya projek transit aliran ringan LRT3, transit aliran massa (MRT)
dan MRT Lingkaran 3,” ujarnya.

– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel