Connect with us

Berita Lain

Masyarakat Bugis Terus Bantah Kenyataan Tun Mahathir


PUTRAJAYA: Masyarakat Bugis di negara
ini terus menzahirkan kemarahan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr.
Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya baru-baru ini yang disifatkan sebagai
menghina kaum tersebut.
Lebih 300 ahli Persatuan Bugis Negeri
Johor (PBNJ) serta Majlis Penyelarasan Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung
Johor) hari ini berhimpun di hadapan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, di
sini untuk menyatakan bantahan terhadap bekas Perdana Menteri itu selain
menyerahkan memorandum kepada pegawai yayasan berkenaan.
Naib Presiden Gabung Johor, Abdullah
Md. Yusof berkata, pihaknya yang mewakili lebih 850 pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) Melayu menggesa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu
memohon maaf kepada masyarakat Bugis serta menarik balik kenyataannya itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sekiranya Dr. Mahathir terus enggan
memohon maaf, beliau menegaskan, bekas Perdana Menteri itu perlu mempersiapkan
diri berhadapan dengan gelombang bantahan yang lebih besar daripada masyarakat
Bugis dari seluruh Malaysia dan juga Nusantara.
“Kita amat tersinggung dengan kenyataan
Dr. Mahathir yang seolah-olah melabel masyarkat Bugis sebagai lanun walhal kaum
ini sebenarnya adalah pahlawan yang berani. Kita berasa kesal kerana kenyataan
beliau ini telah menyebabkan orang Bugis disalahtafsirkan.
“Oleh itu, jika Dr. Mahathir terus
berkeras dan degil untuk memohon maaf, kita akan terus menggerakkan jelajah
bantahan serta mengadakan demonstrasi dalam skala yang lebih besar selepas ini.
Tunggulah…,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyerahkan
memorandum berkenaan.
Dr. Mahathir semasa berucap dalam
perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya,
Selangor pada minggu lalu menyebut Najib mungkin berasal daripada lanun Bugis
yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
Ekoran kenyataannya itu, pelbagai pihak
termasuk yang mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Dr. Mahathir supaya
memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya namun Pengerusi
Pakatan Harapan itu enggan berbuat demikian.
— UTUSAN ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel