Connect with us

Berita Lain

Mereka Mahu Islam Yang Liberal Dan Sekular


KUALA LUMPUR – Terdapat pihak mahukan Islam yang membuka
pintu kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T seperti judi,
arak dan sebagainya kepada penganut Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan
itu mahu umat Islam menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan
manusia dan cuma agama kepunyaan Allah S.W.T
“Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri
dan tidak tahu bersosial. Bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar
badannya tanpa rasa malu sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan
yang dihormati.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik
dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam masyarakat. Melakukan
kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan,” katanya dalam satu
kenyataan semalam.
Abdul Hadi berkata, golongan seperti itu sebenarnya mahukan
Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran kerana ia dianggap sebagai suatu
yang jelik.
Jelas beliau, jenama yang mereka mahu adalah Islam Liberal
atau Islam Sekular yang meninggalkan aqidah, syariat dan akhlak yang kononnya
sealiran dengan zaman kini walaupun ia sebenarnya kembali ke ‘zaman jakun’.
“Demikianlah hanggapannya terhadap Islam. Media massa
(sosial) yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat
tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka.
“Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa manusia tidak
boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada
kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar lalu membaca dan
mengkaji. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal,” katanya
lagi.
 — mynewshub.cc

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel