Connect with us

Berita Lain

Najib Umum Bayaran Khas RM1,500 Untuk Penjawat Awam



Bonus satu setengah bulan gaji yang diimpi-impikan oleh
penjawat awam dan dituntut oleh Cuepacs untuk Bajet 2018 tidak menjadi
kenyataan.
Sebaliknya beliau mengumumkan bayaran khas RM1,500 yang akan
dibuat melalui dua bayaran.
“Bagi menyanjung tinggi sifat wala’ dan kesetiaan tuan-tuan
dan puan-puan, dalam mendokong kemajuan negara serta melaksanakan sistem
penyampaian perkhidmatan dengan cekap lagi berkesan kepada rakyat, maka
sukacitanya saya mengumumkan, bayaran khas sebanyak 1,500 ringgit kepada semua
penjawat awam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu seribu ringgit pada
awal Januari 2018, dan 500 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun
hadapan,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan
Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.
Najib berkata, kerajaan juga tidak pernah melupakan jasa pesara.
“Kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750
ringgit, iaitu RM500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan RM250 ringgit lagi
menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, Najib juga mengumumkan 12 ‘khabar gembira”
kepada 1.6 juta penjawat awam, sebagaimana yang diwarwarkan dalam Majlis Amanat
Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 pada awal bulan ini.
“Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan
pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.
“Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan
menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur
persaraan wajib,” katanya.
Selain itu perdana menteri juga mengumumkan kebenaran
Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun
persaraan dan menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.
Kerajaan juga, buat pertama kalinya, kata Najib bersetuju
memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan
bagi menunaikan umrah.
“Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu
lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
“Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah
diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan
diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.
“Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas,
dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang
bekerja kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam,… syaratnya, suami dan
isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan.
Beliau juga mengumumkan peningkatan kelayakan cuti bersalin
daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada
maksimum 90 hari setahun, lapor Malaysiakini.

“Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam
dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house.
“Menaikkan kadar pencen terendah kepada 1,000 ringgit
sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25
tahun tempoh perkhidmatan;.
“Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada
pesara kerajaan,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel