Connect with us

Berita Lain

Nenek 73 Tahun Gembira Akhirnya Berjaya Miliki Lesen Memandu


KUALA NERUS – Keinginan nenek berusia 73 tahun
untuk memiliki lesen memandu akhirnya menjadi kenyataan apabila lulus dalam
ujian memandu kelolaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam percubaan kali
kedua hari ini.
Kegagalan dalam ujian memandu pada 4 Oktober lepas
tidak melemahkan semangat Fatimah Hassan untuk mengambil ujian ulangan.
“Syukur kepada Allah S.W.T dan saya berasa sangat
gembira, tidak tahu macam mana hendak mengambarkan kegembiraan ini dan
seolah-olah satu beban berat yang saya pikul sebelum ini hilang dengan
tiba-tiba apabila pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya memberitahu saya lulus
ujian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Anak nombor lima saya sanggup mengambil cuti kerja
untuk menemani… memberi semangat kepada saya,” katanya kepada Bernama ketika
ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Menurutnya anak-anak yang lain turut menelefon dan
memberi kata-kata perangsang agar tidak putus asa dan membuat yang terbaik
semasa ujian.
Berita gembira kejayaan Fatimah mendapat lesen
memandu hari ini turut dikongsi anggota keluargnya menerusi aplikasi WhatsApp.
Fatimah turut mengucapkan kepada pihak JPJ yang banyak
membantunya semasa menjalani ujian memandu dan pengajarnya Roslan Mansur, 60,
yang tidak pernah jemu mengajarnya sehingga berjaya mendapatkan lesen memandu.

— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel