Connect with us

Berita Lain

Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami


SABAK BERNAM: “Saya tak nak kembali kepada suami
walaupun dia mencari kami di sini. Saya nak terus lupakannya ,” luah Nurul
Farhana Ahmad, 25, yang selamat pulang ke rumahnya di Parit 7, Pasir Panjang,
Sekinchan.

Nurul Farhana berkata, dia kecewa ditinggalkan suami tanpa
sebarang khabar berita sejak tujuh bulan lalu.

“Saya pun tak tahu sama ada dia masih hidup atau pun
dah mati,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya.

Wanita itu berkata, dia ingin melupakan kisah sedih yang
dilaluinya itu dan ingin memulakan kehidupan baharu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malah, katanya, keutamannya kini ialah ingin memohon taraf
kewarganegaraan anaknya,  Askara Alfateh
Ali, 15 bulan, yang dilahirkan di Indonesia.

“Esok (Sabtu) saya nak uruskan pendaftaran kelahiran di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sungai Besar,” katanya.

Selain itu, katanya, dia juga sedang berusaha untuk mencari
peluang pekerjaan di kawasan berhampiran.

“Buat masa sekarang, saya nak tenangkan diri dulu dan
bila semuanya dah kembali pulih, saya nak mula bekerja,” katanya.

Nurul Farhana berkata, dia terlalu gembira sebaik dapat
melangkah masuk ke rumah ibunya.

“Hari ini, saya sungguh teruja dan nak masak sup kaki
ayam istimewa buat mak,” katanya.

Sebelum ini, Nurul Farhana, menghilangkan diri selepas
keluar bekerja di kilang memproses sotong kering di Sekinchan.

Dia dikatakan lari mengikut kekasihnya warga Indonesia.

Wanita itu bersama Askara tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur Kedua (KLIA2) dari Medan, petang Jumaat.

Kepulangannya ditemani Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman
Mohd Zohdi yang berjaya menjejaki Nurul Farhana, selain menguruskan proses
dokumentasi untuk membawanya pulang.
Kisahnya mendapat perhatian Budiman apabila ibunya memohon
bantuan untuk membawa pulang anaknya selepas menerima panggilan telefon dari
Nurul Farhana yang mengadu hidupnya sangat susah di Indonesia dan ingin pulang
ke Malaysia. – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel