Connect with us

Berita Lain

Padah Tinggal Anak Dalam Kereta Dengan Enjin Masih Hidup


PARIT BUNTAR, PERAK – Gara-gara meninggalkan anak kecil dalam kereta
dengan enjin yang masih hidup, sebuah kereta jenis MPV dilaporkan terbabas masuk ke dalam parit.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.21 petang semalam itu, dilaporkan berlaku di hadapan sebuah Klinik
Kesihatan KM Batu 1 Tanah Kebun. 

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dikatakan pemilik kereta Nissan Serena itu telah meletakkan
kenderaannya itu di bahu jalan sebelum keluar. Ketika kejadian anak perempuannya ditinggalkan didalam kereta dengan keadaan enjin yang masih hidup.
Kata seorang saksi ditempat kejadian, kejadian berlaku apabila anak mangsa secara tidak sengaja telah termasuk gear auto D
menyebabkan kereta tersebut terus meluncur dan terbabas ke dalam parit.
Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang
kecederaan serius.

Gambar kejadian itu juga telah menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan tindakan ibu atau bapa
berkenaan yang meninggalkan anak mereka di dalam kereta bersendirian.

Rata-rata netizen menegur tindakan ibu bapa terbabit supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak. 


Walaupun meluahkan kemarahan diatas insiden tersebut, mereka melahirkan rasa syukur kerana kanak-kanak terbabit terselamat.

Semoga ini menjadi pengajaran berguna bukan sahaja kepada mangsa tetapi kepada semua ibu bapa diluar sana. 


Jangan sesekali mengambil jalan mudah dengan meninggalkan anak-anak kecil dalam kereta terutama sekali dalam keadaan enjin yang masing hidup. Lebih selamat jika anak-anak dibawa keluar bersama. – Malaysian Update


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel