Connect with us

Berita Lain

Pahang Siasat Penganugerahan Datuk Kepada Pelakon


PEKAN, 5 Okt — Kerajaan negeri Pahang menyiasat
penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk
kepada seorang pelakon yang disiasat berhubung kes penipuan penjualan rumah
membabitkan nilai RM6.2 juta.
Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail
berkata tindakan awal telah diambil dengan menyemak sekiranya nama pelakon itu
pernah disenaraikan sebagai seorang daripada penerima penganugerahan darjah
atau pingat kebesaran daripada istana Pahang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semua dalam siasatan. Tindakan boleh diambil jika (pelakon
itu) menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan. Jika benar gelaran tersebut
diberikan, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi
istana terpelihara,” katanya.
Muhammad Safian berkata demikian kepada pemberita semasa
ditemui pada Perbarisan Perasmian Latihan Kem Tahunan 2017 Rejimen 505 Askar
Wataniah, Sungai Miang di sini hari ini, yang disempurnakan Pemangku Raja
Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan membawa perkara
itu kepada pengetahuan Sultan Pahang untuk tindakan selanjutnya seperti
penarikan semula gelaran tersebut.
Sehubungan itu, Muhammad Safian menasihatkan semua penerima
darjah atau pingat kebesaran dari istana Pahang untuk menjaga etika dan
berkelakuan sopan bagi menjaga kemuliaan pemberian gelaran itu dan institusi
kesultanan.
Pada 3 Okt lalu, media melaporkan seorang pelakon berstatus
Datuk ditahan bersama dua individu lain berikutan 188 laporan polis oleh
individu yang mendakwa ditipu dua syarikat yang menawarkan rumah kepada pembeli
pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan didakwa tidak menjalankan
pembinaan rumah seperti yang dijanjikan selepas pembeli melunaskan pembayaran.
— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel