Connect with us

Berita Lain

Pelakon Veteran Sony Abdullah Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an,
Datuk Abdullah Sani Ahmad, atau dikenali Sony Abdullah, meninggal dunia petang
ini di kediamannya di Selayang kerana sakit tua.
Beliau yang berusia 74 tahun menghembus nafas terakhir pada
pukul 4.15 petang tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Anaknya, Fathorossoim Al-Sani Abdullah Sani berkata jenazah
akan disembahyangkan di Masjid Melati Selayang dan akan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves di sini selepas solat Isyak malam
ini.
“Pada 7 Oktober lepas, kami baru meraikan hari lahirnya
yang ke 74 dan arwah masih sihat dan gembira ketika itu,” katanya ketika
dihubungi Bernama.
Allahyarham meninggalkan lima anak.
Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham pernah mencipta
fenomena menerusi filem Permintaan Terakhir pada tahun 1975, Menanti Hari Esok
(1977), dan Gadis Langkawi (1966).
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel