Connect with us

Berita Lain

Pemandu Terselamat Selepas Porsche Terbakar Tepi Jalan


SHAH ALAM: Seorang pemandu sebuah kereta mewah jenis Porsche
944 terselamat selepas kereta itu terbakar di Jalan Padu Mutiara Kemuning,
Seksyen 25, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul,
berkata kejadian kira-kira jam 7.35 pagi itu disedari oleh pemandu kereta
berkenaan yang berasakan kuasa keretanya berkurangan dan terlihat asap dari
arah enjin, lapor 
Antarapos.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pemandu yang berusia 44 tahun terus menghentikan
keretanya di tepi jalan dan menghubungi bomba pada jam 7.40 pagi.
“Lapan anggota dari Balai Bomba Shah Alam dikerahkan ke
lokasi kejadian. Sejurus tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis
Porsche model 944 sedang terbakar dan operasi memadam api mengambil masa selama
20 minit,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Sani berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan
siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel