Connect with us

Berita Lain

Pembangkang Takut Murid Tahu Fakta Sejarah Merdeka


NAMPAKNYA pihak pembangkang semakin ‘panas’ apabila kutuk
pertandingan anjuran Persatuan Sejarah Malaysia mengenai kisah sejarah
kemerdekaan negara hasil daripada kejayaan UMNO.
Tindakan berselindung di sebalik nama sebuah organisasi
bukan kerajaan, Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) jelas
menunjukkan mereka mahu murid sekolah ‘lupa’ sejarah sebenar kemerdekaan tanah
air.
Justeru portal propembangkang aktif ‘putar belit’ objektif
program itu yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1)
pada Selasa dan dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan
Mansor.
Ia mengulangi apa dilakukan pihak PAP yang memerintah
Singapura selepas berpisah daripada Malaysia pada 1965 apabila mengubah fakta
pulau itu daripada diasaskan Sang Nila Utama kepada ‘dibuka’ oleh Sir Stamford
Raffles.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Begitu juga yang berlaku di Pulau Pinang apabila kerajaan
negeri diterajui DAP cuba ‘padam’ sejarah sebenar pulau itu dibuka penduduk
Melayu dan asalnya sebahagian Kedah kepada ditubuhkan oleh Kapten Francis Light
pula.
Hakikatnya sejarah tokoh UMNO, MCA dan MIC berjuang menuntut
kemerdekaan negara ini merupakan fakta sejarah yang tidak boleh dipadamkan,
kata Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii.
Beliau menjawab kritikan PAGE yang disiarkan portal
antikerajaan apabila mempertikaikan persembahan kelas di sekolah terbabit yang
melakonkan semula peristiwa penting menjelang detik kemerdekaan negara kita
sendiri.
“Yang jadi pelik hari ini apabila ramai tidak boleh terima
kenyataan kejayaan UMNO lawan Malayan Union dan bawa kemerdekaan,” ujarnya
mengulas laporan PAGE tidak puas hati dengan acara persembahan berkenaan.
Menurut Razlan lagi, sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya
melaksanakan kempen sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2071 dan dengan
mengenang budi dan jasa pemimpin-pemimpin lama pejuang kemerdekaan.
Beliau malah turut berada di sekolah tersebut ketika program
berlangsung dan dihadiri pelbagai badan bukan kerajaan lain termasuklah wakil
komuniti dan wartawan dalam acara yang dirasmikan Tengku Adnan sendiri.
“Setiap tahun apabila tiba Bulan Kemerdekaan, sekolah akan
buat pelbagai aktiviti untuk semai sikap patriotik. Juga sejarah penentangan
Malayan Union dan Tunku Abdul Rahman bawa rombongan kemerdekaan ke London.
“Ada sekolah yang melaksanakan program bercerita, bersajak,
kuiz dan macam-macam lagi. Ini adalah sejarah kepada kejayaan Malaya dapat
melepaskan diri daripada cengkaman penjajahan tanpa menumpahkan darah.
“Adakah PAGE tidak boleh menerima sejarah Tunku Abdul Rahman
dengan Tun V.T Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock bersama memberi ucapan sebelum
ke London dan peristiwa sekembali Tunku ke Malaya,” tegasnya.
Jelas Razlan kepada portal AgendaDaily, sejarah tersebut
tidak boleh dipadam daripada kejayaan negara mencapai kemerdekaan daripada
penjajah British. Beliau mengajak NGO propembangkang untuk belajar bersikap
patriotik.
Semangat cinta negara tersebut ujarnya, semakin hilang dalam
kalangan rakyat Malaysia akibat daripada permainan politik jijik pihak
pembangkang sendiri sehingga sanggup berkata buruk terhadap imej negara mereka
sendiri.
Bahkan katanyya, tidak ada yang pelik sekiranya pihak
sekolah melaksanakan program kemerdekaan dan ia adalah satu sistem demokrasi
diamalkan di dalam pentadbiran negara sejak sekian lama.
– Agensi/Mynewshub.cc

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel