Connect with us

Berita Lain

Pemilik Zurin Jundi Mengaku Tidak Salah Tipu Pelanggan


KLANG: Pemilik syarikat perancang perkahwinan, Zurin Jundi
didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas dua tuduhan menipu
pelanggannya.
Tertuduh, Zurina Ahmad Jundi, 34, bagaimanapun mengaku tidak
bersalah untuk kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret
Rozianti Mohamed Hanaphi.
Mengikut pertuduhan pertama, Zurina didakwa memperdaya ibu
seorang bakal pengantin, Zainon Ali, bagi menawarkan perkhidmatan pakej
perkahwinan hingga mendorong Zainon menyerahkan wang berjumlah RM5,000 melalui
mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebagai wang pendahuluan pakej
berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut laporan BH Online, perbuatan itu dilakukan pada 16 Mac lalu di CIMB Bank,
Pelabuhan Klang.
Bagi pertuduhan kedua, Zurina didakwa sekali lagi memperdaya
Zainon, 54, apabila mangsa menyerahkan RM2,000 secara tunai sebagai bayaran
pendahuluan untuk pakej yang ditawarkan dan perbuatan berkenaan dilakukan pada
17 Jun lalu di butiknya di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun
Keseksaan bagi kedua-dua tuduhan itu.
Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak lebih 10
tahun dan sebatan serta denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Abd Aziz
manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Zurina memohon Majistret mengurangkan jumlah
jaminan berikutan dia dalam proses menjual barang bagi memulangkan semula wang
pelanggannya.
Rozianti menetapkan jaminan RM8,000 bagi kedua-dua tuduhan
itu dan 16 November depan sebagai tarikh sebutan semula.
Ogos lalu, video tempoh dua minit 14 saat berkenaan premis
Zurin Jundi di Shah Alam, diserbu kira-kira 100 individu yang menjadi mangsa
penipuan pakej perkahwinan menjadi viral di media sosial.

Kejadian berlaku disebabkan mangsa mahu menuntut penjelasan
daripada pemilik syarikat terbabit yang tidak menepati pakej sehingga
mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel