Connect with us

Berita Lain

Pemimpin Berpangkat Datuk Pecah Botol Minuman Keras Ditahan Polis


SHAH ALAM: Seorang pemimpin kanan Gabungan NGO-NGO Malaysia
bergelar Datuk dan tujuh yang lain ditahan di Sekinchan awal pagi tadi, susulan
tindakan memecahkan botol minuman keras di pintu pagar utama bangunan
pentadbiran Kerajaan Selangor, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten
Komisioner Fadzil Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada
pengawal keselamatan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan
iaitu menyertai satu perhimpunan haram dan dibaca bersama Seksyen 268 Kanun
Kesiksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam ekoran tingkah laku yang
dilakukan oleh peserta perhimpunan.
“Pada 6 Oktober kira-kira jam 1.45 pagi, lapan individu
ditahan di Sekinchan, Sabak Bernam.
“Perintah reman akan dikemukakan di Mahkamah Shah Alam,
pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.
Fadzil berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi
semalam, sekumpulan lelaki 25 orang diketuai seorang Datuk mengadakan sidang
media membantah penganjuran ‘The Better Beer Festival 2017’ di hadapan pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.
Katanya, kumpulan itu turut membawa kira-kira 10 kotak
berisi bir dan memecahkan semua botol berkenaan menggunakan sebatang penukul
simen di hadapan pintu pagar utama bangunan itu sebagai simbolik bantahan
penganjuran pesta berkenaan. – BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel