Connect with us

Berita Lain

Pencuci Rumah Dibunuh Lelaki Sakit Mental


IPOH, 9 Okt — Seorang lelaki ditahan polis selepas memohon
maaf dan mengaku dia telah membunuh seorang wanita berumur lingkungan 40-an di
rumahnya di Kampung Tersusun Tasek di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata lelaki
berumur 34 tahun itu hadir ke Balai Polis Bercham pada kira-kira 3.30 petang
dan memberitahu dia telah membunuh wanita terbabit.
“Apabila tiba di rumah terbabit polis menemukan mayat mangsa
dengan kesan kecederaan di bahagian muka dan belakang kepala serta tiga jari
tangan putus selain sebilah parang dijumpai di hadapan rumah,” katanya kepada
pemberita di lokasi kejadian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa datang ke
rumah suspek kira-kira 2.30 petang tadi untuk membersihkan rumah sebelum dia
dibunuh.
“Semasa kejadian hanya mangsa dan suspek berada di dalam
rumah dan mayat mangsa yang lengkap berpakaian dipercayai dibunuh di antara
ruang tamu dengan dapur,” katanya.
Sum berkata pihak polis dimaklumkan oleh keluarga suspek
bahawa suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dipercayai
mempunyai masalah mental.
“Mangsa pula bukan bekerja tetap di rumah itu sebaliknya
hanya bekerja sambilan apabila dipanggil oleh keluarga untuk mencuci rumah,”
katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh.
Beliau berkata polis akan menyiasat motif kejadian dan
mendapatkan keterangan lanjut daripada doktor serta laporan kesihatan suspek. —
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel