Connect with us

Berita Lain

Penunggang Motosikal BMW Maut Rempuh kereta Di LPT2


DUNGUN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi
terbunuh apabila kenderaan itu terbabas dan merempuh kereta di bahu jalan di
Kilometer 355 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Kuala
Dungun di sini, petang tadi.
Marzuki Mohamad, 34, yang menunggang motosikal BMW 1,200cc,
meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan
kira-kira jam 5 petang lapor BH online.
Difahamkan, sebelum itu kereta Honda Civic dipandu lelaki
berusia 27 tahun, terbabas di lokasi sama akibat jalan licin sebelum merempuh
besi penghadang jalan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Marzuki bersama dua rakan yang berkonvoi dari Kota Bharu,
Kelantan, untuk pulang ke rumahnya di Taman Murni Perdana, Paka, dipercayai
hilang kawalan ketika melalui lokasi berkenaan sebelum motosikalnya terbabas
dan merempuh kereta berkenaan.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Pegawai
Bomba Kanan II Ruzali Omar, berkata sepasukan enam anggota bergegas ke lokasi
kejadian sebaik menerima panggilan.
Katanya, anggotanya terpaksa mengangkat kenderaan terbabit
sebelum mengeluarkan mangsa yang terperosok di bawah kenderaan itu.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum
dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel