Connect with us

Berita Lain

Perompak Acu Pistol Larikan RM13,130 Di Restoran Makanan Segera


ALOR GAJAH: Dua pelanggan dan lima pekerja sebuah restoran
makanan segera 24 jam, di sini nyaris maut apabila seorang perompak mengacukan
pistol sebelum melarikan wang tunai bernilai RM13,130, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa yang juga
penolong pengurus, 25, mendakwa sedang mengira wang tunai daripada peti besi
sebelum didatangi suspek yang mengacukan pistol.
Difahamkan, mangsa yang panik menyerahkan wang tunai
berjumlah RM13,130 selepas diarah berbuat demikian lapor BH Online.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner
Kamaluddin Kassim, mengesahkan menerima laporan kejadian samun

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

selepas mendapat panggilan kecemasan di Bilik Gerakan Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, pada jam 4.45 pagi.
Katanya, suspek dilaporkan memakai topi keledar bertutup
muka yang secara tiba-tiba memasuki restoran itu.
“Ketika kejadian, terdapat lima kakitangan yang
bertugas syif malam
dan dua pelanggan sedang menjamu selera di restoran itu.
“Semua yang menyaksikan kejadian itu tidak dapat mengecam
suspek kerana memakai topi keledar bertutup muka,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun
keseksaan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel