Connect with us

Berita Lain

PMSP Saran Mahathir Serah Kekayaan Anak


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad wajar meminta anak-anaknya menyerahkan sebahagian kekayaan mereka
kepada rakyat Malaysia jika beliau benar-benar memperjuangkan rakyat yang
kononnya sedang menderita.
Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao
Krishnan Naidu berkata, Mahathir yang menyerang kerajaan sejak bersengkongkol
dengan pembangkang sebenarnya layak membantu rakyat berdasarkan kekayaan
keluarganya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Contohnya Datuk Mokhzani pada 2012 berjaya menggabungkan
syarikatnya Kencana Petroleum dengan SapuraCrest yang dikendalikan kawan zaman
kanak-kanaknya Shahril Shamsuddin. Pada Januari 2014, Mokhzani letak jawatan
dan menumpukan perhatian kepada pelaburan yang lain.
“Pada bulan berikutnya, beliau memotong kepentingannya dalam
SapuraKencana, penyedia perkhidmatan minyak dan gas terbesar negara, menjual
saham bernilai AS$248 juta (RM1.04 bilion). Saya tahu Mokhzani adalah Ahli
Lembaga Pengarah bukan sahaja untuk SapuraKencana tapi juga syarikat Telco, Maxis
dan syarikat kabel gantian optik, Opcom Holdings,” katanya dalam satu kenyataan
media hari ini.
Ramesh Rao berkata, Mokhzani juga seorang pelabur asas dalam
IHH Healthcare dan Astro Malaysia Holdings.
Kata beliau, Mokhzani pasti sudah mengumpulkan banyak
kekayaan dan keuntungan itu elok dipulangkan kepada rakyat untuk membantu
meringankan beban mereka.
Kata beliau, anak Mahathir, Mirzan pula melibatkan dirinya
dalam perniagaan petroleum bersama dengan syarikat Petron Malaysia Refining
& Marketing Berhad (Petron Malaysia).
“Sudah pasti Mirzan juga adalah jutawan dalam perniagaan
berkaitan minyak ini. Jadi, saya tidak keterlaluan untuk meminta mereka untuk
mengembalikan kekayaan mereka dalam industri petroleum untuk rakyat,” katanya.
– MYNEWSHUB.CC

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel