Connect with us

Berita Lain

Promosi 400 Set Nasi Kandar RM1 Habis Licin


KUALA LUMPUR – Nasi kandar berlauk ayam goreng, tambahan
sayur yang menyelerakan bersama aneka kuah kari serta pakej air sirap dengan
pelanggan pula hanya perlu membayar RM1.
Itu promosi ditawarkan Nasi Kandar Line Clear (LC
Restaurant), Kampung Baru, di sini, semalam sehingga diserbu ratusan peminat
nasi kandar setempat.
Pengarah LC Restaurant, Salim Madinah berkata, belum pun
sampai sejam sejak tawaran bermula 9.30 pagi, lebih 100 pinggan set nasi kandar
RM1 terjual manakala sebaik lepas waktu tengah hari juadah promosi berkenaan
sudah licin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Promosi ini dilakukan untuk membantu mengurangkan beban kos
sara hidup. Hari ini kami memperuntukkan 400 pinggan promosi set nasi kandar
berharga RM1.
“Selepas ini promosi diteruskan pada harga RM5.30 bagi set
nasi kandar dengan air setiap Isnin dan Jumaat. Sebenarnya promosi setiap
Jumaat kami lakukan sejak setahun lalu,” katanya.
Antara pelanggan terawal Mohd Fadli Abd Hamid, 23, berkata,
dia tidak melepaskan peluang menikmati set nasi kandar pada harga RM1 selepas
promosi itu tular di media sosial.
“Payah nak dapat set nasi termasuk ayam goreng, sayur, kuah
yang sedap dengan air sirap pada harga RM1.
“Harap-harap promosi seumpamanya dapat diteruskan dan
diikuti restoran lain,” katanya yang bekerja sebagai penghantar surat.
Pekerja pembersih Alam Flora Ragu Ananthan, 52, pula
menyifatkan promosi demikian dapat mengurangkan kos makan hariannya.
“Oklah macam ini. Saya dapat makan kenyang dengan menu yang
sedap dan cuma membayar RM1.

“Tambahan pula isteri saya tidak bekerja dan saya perlu
menyara anak,” katanya. 



— my Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel