Connect with us

Berita Lain

Raja Puan Besar Perak Mangkat


IPOH, 3 Okt — Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja
Shahar Shah mangkat di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 5.07 petang tadi,
demikian diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Zambry berkata jenazah Raja Nor Mahani, 74, akan disemayamkan
di Istana Al-Ridhuan di sini sebelum dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar
selepas solat Asar esok.
Beliau berkata rakyat jelata boleh memberi penghormatan
terakhir mulai pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi, manakala bagi pembesar negeri
dan orang kenamaan bermula pukul 11.30 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai tanda bersedih dan dukacita dengan titah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, negeri Perak akan berkabung sehingga
selesai pemakaman dan bendera negeri hendaklah dikibarkan separa tiang,”
katanya.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman rasmi di sini,
malam ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen
RTM1.
Zambry berkata beliau mewakili seluruh rakyat negeri Perak
merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat
serta ditempatkan dalam kalangan para solehah.
Raja Nor Mahani, merupakan isteri Raja Muda Perak Raja
Jaafar Raja Muda Musa, 76, dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Shah
Azman, 43, dan Raja Nor Azwina, 41.
Dilahirkan pada 1942, Almarhumah dimashyurkan sebagai Raja
Puan Besar Perak pada 2014 di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana
Iskandariah Kuala Kangsar.
Almarhumah merupakan bekas Timbalan Yang Dipertua, Persatuan
Pandu Puteri Malaysia.

–BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel