Connect with us

Berita Lain

Rakaman Video Tujuh Anggota Polis Berhibur Di Kelab Malam Disiasat


KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan dalaman
berhubung rakaman  video yang tular
menunjukkan tujuh anggota polis termasuk seorang ketua balai di Johor, berhibur
di kelab hiburan, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata beliau
sedang menunggu laporan penuh daripada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil
Kader mengenai rakaman video yang tular di media sosial itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siasatan telus akan dilakukan tanpa melindungi mana-mana
anggota polis sekiranya terbukti mereka terlibat dengan salah laku dan
integriti,” katanya ketika dihubungi Bernama News Channel di sini malam ini.
Mohamad Fuzi berkata beliau turut mengarahkan Jabatan
Integriti dan Pematuhan Standard Bukit 
Aman untuk menyiasat dan meneliti kesahihan perkara berkenaan.
Petang tadi, video berdurasi lapan saat itu mula tular
selepas dimuat naik seorang pemilik akaun facebook, Jia Xing Chen dengan tajuk
“anggota polis berhibur di kelab malam bersama tokey judi”.
Difahamkan, enam anggota itu daripada Bahagian D7 (kongsi
gelap, judi dan maksiat) dan Pasukan Siasatan Khas, manakala seorang lagi
adalah ketua balai polis di sebuah daerah di Johor.

Sementara itu, Mohd Khalil ketika dihubungi, berkata
ketujuh-tujuh anggota terbabit diarah bertukar ke bahagian lain serta merta
sehingga siasatan selesai.

“Polis Johor juga telah memulakan siasatan berhubung kes
tersebut,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel