Connect with us

Berita Lain

Rakyat Tidak Perlu Sangsi Dengan Ketelusan Kerajaan BN – Sairin

KENINGAU — Rakyat tidak perlu lagi sangsi dengan ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha pembangunan negara kerana kerajaan yang mesra rakyat ini terbukti sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dalam apa jua situasi, kata Anggota Dewan Undangan Negeri Liawan Datuk Sairin Karno.
“Kerajaan sentiasa mendengar permintaan rakyat asal ia sesuatu yang sangat perlu dan bukan berkepentingan peribadi,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan bersama kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan di sini hari ini.
Sairin, yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, berkata atas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, prestasi kerja kerajaan adalah lebih baik dengan pelbagai pencapaian telah dicipta.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Umno Bahagian Keningau itu turut menegaskan hasil pencapaian kerajaan di dalam mahupun luar negara juga telah terbukti dan seharusnya kemampuan kerajaantidak diragui lagi.
“Tidak ada sebab bagi pembangkang menuduh kerajaan tidak memberikan apa-apa pembangunan kepada rakyat di negeri ini,” katanya.
Mengenai perkembangan di Keningau, khususnya banjir kilat yang melanda beberapa kampung di Liawan baru-baru ini, Sairin berkata beliau telah mengarahkan semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan itu supaya sentiasa memantau keadaan dan menyediakan laporan kerosakan infrastruktur akibat banjir.
Beliau juga mengarahkan pemimpin akar umbi di kawasan itu supaya mengemukakan permohonan terus kepada pegawai daerah mengenai pembaikan jambatan gantung yang rosak.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel